Ku berdoa..
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam Cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu
(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong."
Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment